Catatan pengalaman sebelum,semasa dan selepas menuju ke rumah Allah pada tahun 2010. Moga dapat dijadikan panduan. Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk adalah kerana kedaifan saya sebagai hambaNya.
Friday, January 14, 2011
BUKIT MAGNET
Tempat ni tak termasuk dalam pakej yang ditawarkan Alif.(Kalau tak pergipun,tak apa. Sebab tulah Alif travel tak bawa) Atas inisiatif rakan jemaah, kita orang collect sorang RM30(kalau tak silap), chartered satu bas, gi ziarah bukit magnet then ke kilang cetak Al Quran.
Di bukit magnet ni, yang ajaibnya bas bergerak sendiri, tanpa perlu pemandu menekan minyak. Subhanallah... Speednya boleh sampai 130km/j. Terpaksa pemandu menekan brek, seramm... Ramai juga orang kata tempat ni bukit Jin. Apa-apapun Allah jua la yang Maha Mengetahui.Menurut mutawif kami, bukit magnet ni akan menjadi sempadan dimana Dajal atau orang kafir yang ingin memusnahkan tanah suci tak dapat menembusi. Kalau kereta kebal, keretanya tak akan berfungsi ataupun hancur. Allahualam.
Lagi satu keajaibannya ialah diatas bukitnya terukir nama Allah Aliff Lam Lam Ha. Allahuakhbar... Mengikut mutawif yang membawa kami,tulisan ni tak terpadam/terhakis walaupun ada hujan. Satu lagi kebesaran Allah yang hendak Allah tunjukkan, bagi orang-orang yang ingin mengambil pengajaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment