Wednesday, January 12, 2011

SUJUD SAJDAH

Aku dapat pengalaman pertama melakukan sujud sajadah, semasa Subuh Jumaat di Masjid Nabawi. Semasa perjalanan ke masjid, suami pesan supaya aku peka dengan bacaan surah Imam. Hubby cakap kalau imam mula dengan Alif Lam Mim, hati-hati kemungkinan kena sujud sajdah. Alhamdullilah dapat lah aku buat sujud sajdah dalam solat buat pertama kalinya.

Tapi banyak jemaah yang tak tahu, kesian... Diorang rukuk, instead of sujud. Ustaz kata batallah sembahyang sebab tambah rukun, kena sembahyang semula.

So bakal2 haji belajarlah surah sajdah. (sekurang2nya tahu bila nak sujud)sayang kalau tak dapat 40 waktu berjemaah di masjid Nabawi. Dalam you tube banyak, kalau malas baca. Carilah ilmu sebelum mengerjakan haji. Usahalah sungguh2, bukan senang nak dapat peluang ke sana lagi.

Mudah2an kita termasuk dalam golongan orang yang Allah redhai. Amin.

No comments:

Post a Comment