Monday, January 24, 2011

DATARAN KAABAH DICUCI



Pagi tu didataran aku dan suami pelik tengok dataran lenggang. Aku ingat ini peluang untuk mengucup Hajarulaswad buat pertama kalinya... Tapi silap, lengang sebab diorang kandang nak cuci dataran kaabah!?!Setelah hampir sebulan berada di Masjidilharam, aku berpeluang melihat dataran kaabah dicuci. Itu pun secara tak sengaja.

Memang cekap, dalam beberapa ketika sahaja dataran siap dibersihkan.
Apa tak nya membujur lalu melintang patah. Habis kasut, beg yang diletakkan tak diambil di tolak sekali. Nak kelakar tu, ada satu jemaah perempuan yang nak buat degil,tak berganjak dari tempat dia bersimpuh.Pekerja2 tu lagi daring, diorang selamba aja mencurahkan air sabun, apalagi tak cukup tempat nak selamatkan diri dari basah. Di sini jemaah yang degil2 ni ramai.

Ada sekali tu,depan mata aku, masa tawaf polis tarik jemaah wanita yang nak sembahyang belakang makam Ibrahim,sebab orang tengah padat tawaf. Memang gelemg kepala tengok kelaku diorang ni... Bahaya. Takut mencari sunat, menjadi haram sebab membahayakan nyawa. Bukan pelik kalau dengar orang mati terpijak masa tawaf, tu sebab polis Arab ni terpaksa garang/tegas dengan jemaah yang begik(kata orang Jawa).

Tapi biarlah jemaah lain buat. Kita maintain, jangan ikut menolak, menyinggul orang masa tawaf. Seboleh mungkin banyakkan sabar dan cubalah khyusuk masa tawaf. Mudah2an ibadah kita diterima Allah.

No comments:

Post a Comment