Wednesday, October 27, 2010

UBAT TAHAN HAID

Ramai yang ingin tahu, samada perempuan yang pergi haji, kena makan ubat penahan haid atau tidak? Mengikut ustaz-ustaz dalam kursus haji yang aku hadir, mereka tak galakkan. Sebabnya dah banyak kejadian, dimana haid datang lagi huru hara, tak ikut aturan seperti selalu.

Ustaz terangkan, kalau pergi umrah dibolehkan ambil ubat penahan haid sebab waktunya pendek iaitu 14 hari. Tapi untuk buat haji sangat tidak digalakkan sebab, haji masa nya panjang.

Pada pendapat aku, lebih baik kita berserah dengan penuh harap kepada Maha Pencipta. Bemunajatlah sepenuh hati semoga Dia mengaturkan sebaiknya untuk kita. Doa aku selalu agar Allah mengizinkan aku sampai ke Tanah suci dalam keadaan bersih, dapat menunaikan haji dan umrah dengan sempurna, meninggalkan Rumahnya juga dalam keadaan bersih. Mudah-mudahan aku juga dapat bersembahyang 40 waktu di Masjid Nabawi. Makbulkan ya Allah.

Aku datang kepadamu ya Allah. Aku menyahut panggilan Mu ya Allah. Sesungguhnya segala pujian hanyalah bagi Allah, tuhan sekelian alam.Tiada sekutu bagiMu.

No comments:

Post a Comment