Friday, December 24, 2010

GLENDANGAN HAJI DI MINA





Di Mina, bagi jemaah haji yang tidak mengikut pakej muasasah, diorang bina khemah sendiri atau hanya beralaskan tikar dan tidur disitu.

Alhamdulillah, terasa benar nikmat tidur... sebab badan keletihan berjalan jauh untuk melontar.

Ada juga jemaah yang hanya tidur di tepi jalan, tak jauh dari tempat melontar. Emmm... strategi yang baik, sebab tak perlu berjalan jauh dan jimat belanja.

Walaubagaimanapun, jemaah haji Malaysia harus bersyukur kerana, kita disediakan khemah dan makan minum. Cakap pasal makan ni, aku sarankan bagi jemaah haji untuk bawa sedikit bekal seperti serunding, ikan bilis goreng pedas dan apa-apa yang sama waktu dengannya,terutama di Mina. Bukan apa, mungkin selera kita tak sama dengan selera orang Arab. Itu ikut pengalaman aku la... Tak bawa pun bukan lah masalah besar. Makanan sentiasa ada cam maggi, biskut, buah, air panas,air zam-zam. Tekak orang kan lain-lain.

Dah memang rezeki aku, dlm khemah jiran sebelah(kongsi ruang tidur yang sama) ada bawa bekalan serunding n ikan bilis and diorang offer. Aik.... apa lagi pucuk dicita ulam mendatang. Allah mendengar kata hati aku... Baru selera makan. Tak payah le kongsi nasi dengan Mas...Kalau tak ada serunding kami kongsi nasi, sebungkus makan 2 orang. Mesra gitu... (sebenarnya sayang membazir)Biar hak kita diberi pada orang yang selera makan.

No comments:

Post a Comment