Saturday, December 25, 2010

PEJABAT TABUNG HAJI






Pejabat Tabung Haji yang paling hampir dengan hotel kami ialah di Hotel Janadriah. Kat sini ada klinik dan tempat pengeluaran duit.

Depan hotel ni, dan laluan berhampiran, macam-macam ada jual, barang2, makanan, cam ikan kering, kuih muih. Pergi ikut muasasah sarapan pagi tidak disediakan. So bolehlah cuba makanan yang dijual.

Hotel Janadriah ni besar. Boleh dikatakan hotel tabung haji semua besar2. Cuma agak jauh sedikit. Kedudukannya kena daki bukit sikit la...

Kalau ikutkan gi haji ni, kemuncak hajinya dalam 5 - 6 hari aja. Masa yang lain tu kita ke masjid berjemaah. Kalau tak kerana nak ambil duit dan pergi klinik, mungkin aku tak sampai ke pejabat TH ni.

Masa hampir penuh terisi. Beli belah tu sambil2 balik ke hotel lepas solat fardhu. Gerai jualan hampir sepanjang jalan dari hotel ke masjid. Kalau sibuk membelibelah mau terbabas waktu ke masjid. Harap-harap tak begitu la. Rugi sangat2. Penat-penat kita meninggalkan keluarga habiskan wang untuk haji, kalau masa tak dimanfaatkan sebaiknya, tak tahu la bila pula kita boleh datang lagi. So nasihat aku kuatkan iman.
Banyakkan beriktikaf di masjid, baca alquran atau duduk2 tengok Kaabah. Tengok kaabah pun dapat pahala.

Hai, kata nak haji mabrur... Bukan senang2 nak dapat. Nak tahu mabrur tak mabrur, kata ustaz, lepas haji mesti berubah kearah yang lebih baik. Mudah2an kami dapat istiqamah dan bertambah baik hingga ke akhir hayat. Amin...

No comments:

Post a Comment