Tuesday, December 21, 2010

SUASANA KAABAH SEBELUM WUKUF


Alhamdulilah. Beginilah ramainya jemaah yang tawaf di waktu malam 5 November 2010. Di ambil dari tingkat 3 Masjidilharam. Ada yang tawaf umrah, tawaf sunat dan tawaf Qudum. Aku selesai tawaf umrah pada malam pertama tiba di masjidilharam,4 November 2010, Alhamdulilah.Kami buat haji tamatuk.

Bila musim haji, orang tawaf melimpah himgga keseluruhan dataran. Point paling padat ialah di perjuru Hajarul Aswad dan makam Nabi Ibrahim.Sebabnya ialah point ni tempat mula dan akhir pusingan tawaf. Kalau semua jemaah berdisiplin dan tak melawan arus, aku rasa taklah orang bertolak-tolak dan bersesak-sesak...

Walaupun ramai orang tawaf, jangan risau insyallah akan ada ruang untuk kita. Sebelum tawaf buat solat sunat hajat 2 rakaat minta Allah permudahkan... Disini kalau kita munajat betul2, makbul sangat doa, hampir instant dpt, syaratnya doa dengan sesungguh hati

No comments:

Post a Comment

Post a Comment