Tuesday, December 28, 2010

MASJID HUDAIBIYAH







Masjid ni mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi s.a.w.

Disini adalah antara Miqat untuk Umrah. Jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidilharam. Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah.

Ni tempat pertama kami pergi untuk berniat umrah di miqat. Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan antara Makkah dan Jeddah dan sekarang lokasi ini dipanggil Syumaisi, dinisbahkan kepada Bi’r Syumaisi.

Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen.


Gambar menunjukkan bas dan sekitar tempat di masjid hudaibiyah. Bersama-sama kami ialah jemaah yang datang berziarah dan berniat umrah.

No comments:

Post a Comment