Friday, January 28, 2011

DAFTAR HAJI SEMULA

Sebelum balik ke Malaysia lagi, aku dah bercadang untuk mendaftar sekali lagi untuk pergi haji sekembalinya aku nanti. Malangnya bila tiba Malaysia, aku dimaklumkan, orang yang balik haji tahun semasa kena tunggu 5 tahun lagi baru boleh mendaftar. Mak oii... lamanya...

Difikir-fikirkan,manusia memang tamak dan mudah lupa. Aku lupa yang aku pernah berkata,orang yang sudah pergi, sepatutnya beri peluang orang yang belum.Teringat yang ini, aku reda.Bukankah kefardhuan haji itu adalah sekali seumur hidup.

Walaubagaimanapun, jika ditakdirkan dan dah memang rezeki,aku diberi peluang,insyallah aku pergi lagi... samada haji atau Umrah.Doa2kan lah. Amin...

1 comment: