Sunday, January 16, 2011

GAMBAR DALAM MASJID NABAWI

Syiling masjid, hampir keseluruhan masjid mempunyai lampu dan design yang sama.
Disetiap tiang disusun dengan AlQuran. Dibawahnya yang macam jaring tu, lubang air-cond.
Ruang solat lelaki dimana sentiasa cukup untuk menampung jemaah.
AlQuran yang tersusun rapi. Ada pekerja masjid yang membersih dan menyusunnya.Aku rasa pekerja masjid ni, beruntung sebab tiap waktu boleh solat di Masjid. Pernah sekali masa Khutbah Jumaat, aku duduk sebelah pekerja masjid, orang Indonesia, masa khutbah dan imam doa menangis2 dia. Terharu aku dibuatnya.Dia faham apa yang dikatakan imam. Aku...? Aku faham bila imam berdoa agar dipermudahkan kita melalui titian siratulmustaqim,aja... masyallah.
Rak Al quran dihadapan tempat lelaki solat. So tak ada alasan kalau iktikaf, tak mahu baca Quran. Bacalah walau satu ayatpun, tapi istiqamah...
Tirai pemisah yang dipasang bila jemaah perempuan nak gi Raudah. Raudah ni tempatnya diruang lelaki. So jemaah lelaki beruntung kerana sentiasa berpeluang menziarahi makam nabi. Bagi jemaah wanita, ada masa yang di tetapkan iaitu pukul 8-10 pagi, then 9 - 12 malam.
Tong air zam-zam disusun sekeliling tiang. Setiap kali nak minum, digalakkankan membaca fatihah sekali dan selawat keatas nabi s.a.w 11 kali, kemudian niatkan apa yang kita hasratkan, cthnya nak sihat, terang hati, kuat ingatan dsbnya. Mengikut ceramah ustaz, air zam-zam ni sangat berkhasiat dan mengikut apa yang kita niatkan. Pernah sekali aku sakit perut, aku ambil segelas then buat macam yang disarankan, Alhamdulillah sihat.

No comments:

Post a Comment