Setiap kali ceramah, ustaz akan timbulkan isu orang merokok.Bab ni memang sensitif. Almaklumlah cik abang tersayang seorang perokok tegar!!!! Hati memang nak sangat dia berhenti.Diawal-awal proses permohonan haji, tak berani nak bersuara. Tapi semakin hampir bulan haji semakin ingin sekali,jika hubby quit smoking. Even kakak diapun ada sound.
Akhirnya, diberi kekuatan dan menyentuh perkara ini secara melawak.Aku utarakan nak dapat haji mabrur, bukan senang. Ustaz cakap kena usaha dari sekarang sebelum sampai Mekah.Ni masuk Ramadhan, insyallah the right time untuk abang berhenti.Aku ulang kata-kata ustaz:kalau balik haji masih merokok, itu maknanya Haji Malborolah tu...Alhamdulilah,dia ketawa aja.
Masuk bulan Ramadhan memang dia tak merokok. Kesian aku tengok. Orang ketagih... Pening kepala la, tak sedap perasaan lah, cam macam. Sabar ya, bang.
Terbaca satu artikel di akhbar tentang perokok. Perokok boleh bebas dari merokok jika dapat melepasi 21 hari atau 3 minggu tanpa rokok.Aku cerita pada suami untuk bagi dia semangat.
Sujud syukurku padamu ya Allah, kerana memberi kekuatan pada suami, sehingga hari ini dia berjaya memberhentikan tabiat merokok. Semoga dia diberi kekuatan untuk terus berhenti hingga akhir hayat.
Bila dikenang-kenangkan terasa benar keAgongan tuhan dan Rahimnya Dia. "Minta lah kepada Ku nescaya Aku perkenankan". Satu lagi munajatku kehadrat Allah selama ni dimakbulkanNya... Subhanallah.
"Nikmat Allah yang mana ingin kau dustakan."
Catatan pengalaman sebelum,semasa dan selepas menuju ke rumah Allah pada tahun 2010. Moga dapat dijadikan panduan. Yang baik semuanya dari Allah dan yang buruk adalah kerana kedaifan saya sebagai hambaNya.
Wednesday, September 29, 2010
QIAMULLAIL BERJEMAAH
Aku tak pernah qiamullail. Kesempatan ni aku sambut gembira. Tapi malangnya, bila tengok tarikh... cam aku uzur syarie. Ya Allah izinkan aku menyertai qiamulali ini.
Selesai simulasi melontar malam 25 september, kami tidur di koridor masjid. Suami bentangkan plastik untuk kami. Tanda kasihnya.(Ya ke?) Kami pun tidur. Alhamdullilah terlena juga.
Tepat jam 3.30 pagi aku tersedar. Kejutkan suami untuk qiamulail. Aku ke tandas, Mak aii... ramainya orang, Ingat aku orang tak bangun lagi. Alhamdulilah tak rasa nak buang air kecil. So pergi bilik persalinan check 'line clear' Ambil wudu' terus ke dewan solat tingkat satu.
Bacaan Imamnya, masyallah... syahdunya. walaupun tak faham rasa macam menghayati sangat. teringat tulisan Prof Kamil, agaknya beginilah rasanya nanti. Ya Allah, datang kan rasa khusyuk itu setiap waktu dan kekal kan rasa kemanisan dan nikmat menghadapmu. Amin...ya rabbal alamin.
Selesai memberi salam solat witir 1 rakaat, rasa macam aku uzur. Bergegas ke tandas. Confirm Allah Bagi Cuti.
Subhanallah Mahasuci Engkau tuhan, engkau makbulkan doaku untuk berpeluang qiamulail. Terasa sungguh keagongan Engkau ya Allah, Tuhan yang Maha Pengatur. Perancangan Engkaulah yang terbaik. Mengalir airmata, terasa kerdilnya aku...
Terus aku teringat sepotong ayat quran yang bermaksud 'Nikmat Allah yang mana ingin kau dustakan'.

KURSUS HAJI PERDANA
Kursus Haji Perdana bagi negeri Selangor, diadakan pada 25 - 26 September 2010, bertempat di Masjid Negeri Sultan Sallahudin, Shah Alam. Jemaah dari Sabak Bernam disediakan kemudahan bas. Berkumpul di Tonggak 10 jam 9.00 pagi. Ada sedikit majlis ringkas untuk meraikan tetamu Allah. Aku dan suami gi naik kereta sendiri. Malas nak bertolak awal. Pendaftaran Kursus mula kul 2.00 - 2.45 ptg.
Sampai ja, masjid, tempat letak kereta nampak macam dah penuh. Tapi alhamdulilah masih ada ruang buat kami. Kami masuk ikut pintu masjid nombor 9. Bergegas ke masjid. Kami letak kasut dan tengok rak 3, supaya senang ingat nanti. Tercangak-cangak juga la. Suami cakap, dah rasa macam suasana di sana. Tempat baru dan tak tahu nak menuju. Pusing-pusing ternampak petugas TH.Tanya diorang kat mana daftar?
Sampai tempat pendaftaran, alhamdulilah smooth juga pentadbiran TH. Serah kertas daftar dapat beg sumbangan pusat zakat. Ada plastik dan buku panduan perjalanan haji. Kami diberi maktab 2.
Masuk dewan sembahyang, cari maktab 2. Jumpa juga sorang dua kenalan. Kami pun letak beg. Kira-kira tu port kamilah. Kursus dimulakan dengan jemaah bertalbiah. Sangkaan aku pasti bergema. Tapi hampa sikit. Macam tak berapa semangat diorang.Entahlah...
Jumlah yang hadir diluar jangkaan iaitu 4500 orang. Jemaah wilayah pun datang sini. Diorang cakap kat sini best. Tak tau la aku. Kami diminta berihram selepas sedikit taklimat. Kami akan bertawaf dan saei di bawa oleh mutawif maktab masing-masing.
Maktab kami mendahului tawaf. Mutawif ajar kena berdiri di belang garisan setentang hajarul aswad dan pusing 7 kali. Alhamdulilah hari redup sebab lepas hujan. Lepas tu rehat dan makan malam. Aku nak mandi dulu, hubby pula nak makan. Aku minta dia ambilkan. Dia kata ambil sendiri ikut peraturan. Aku tengok orang lain, ambilkan untuk bini diorang. Tak pa lah.
Selesai mandi, aku gi meja untuk ambil makanan, hampa... makanan habis. Rasa merajuk dengan suami. Tapi cuba juga pujuk diri sendiri. Entah camna suami tau aku merajuk, sebab dia tanya dah makan? Aduh... Rasa bersalah agaknya, suami aku keluar untuk ambilkan. Kesian dia. Berdosanya aku. Ya Allah dapat lah aku meletakkan pengharapan hanya kepadaMU setiap masa.
Selesai sembahyang magrib, suami aku sound. Jangan buat macam ni di Mekah nanti. Sebenarnya aku pun memang rasa nak minta maaf atas ketelanjuran ku tadi. Tiada redha Allah tanpa redha suami. Astagfirullah rabbal baroya, astagfirullah minal hotoya...

KURSUS HAJI INTENSIF
Pada 18 dan 19 September 2010, kursus haji Intensif diadakan di Pusat Rekreasi Sabak Bernam. Di beritakan jemaah dari Sabak Bernam ni beruntung. Sebabnya jemaah haji yang tercicir macam kami, dapat pergi kursus intensif. Kursus intensif untuk jemaah terpilih dibuat bulan julai dan sepatutnya tiada lagi selepas itu. Jemaah haji mana ke yang menjadi tetamuNya yang Istimewa. maka kami dapat menumpang berkahnya. Subhanallah!!
Yang buat aku rasa kami istimewa sebab penceramhnya ialah pakar rujuk TH bagi kerja haji. Yang datang tu... Pengurus Besar TH (Bahagian Bimbingan),lupa lah pulak namanya, tapi yang bagi ceramah dalam slot haji TV1 6.30 - 7.00 ptg. Penerangan dia memang tiptop. Jelas dan terang. Bila difikir-fikirkan sepatutnya kursus haji dimulakan dengan penrangan yang begini. Baru cristal clear, cakap orang putih.
Yang hadir kursus ni ada lebih kurang 70 orang. Masa ni ditawarkan pakej 2 suntikan tambahan. Mulanya aku tak nak kena suntik lagi tapi suami tanya nak suntik tak? Alamak! camna ni... Akhirnya buat keputusan suntik hari kedua kursus. Kiri kanan you! Sengal dibuatnya. Actually tak da la sakit mana sangat cuma ngeri aja....
Dilihat pada usia jemaah yang datang kebanyakannya 40 tahun keatas. Yang betul-betul muda (20an) adalah 3 orang rasanya.Ada seorang makcik tu, kesian tul aku tengok. Nak jalan pun tak berapa larat. Mudah-mudahan Allah mudahkan dia. Orang kata bila di Mekah tak tentu lagi kita yang sihat ni okay di sana. Ada kes yang jadi terbalik. Ya Allah, bantulah aku, permudah kan urusanku. Rabbi yassir wala tuassir.

SUBSIDI TABUNG HAJI
Orang tabung haji cakap setiap jemaah haji di beri subsidi sebanyak RM 3000 seorang. Aku tak berapa faham sebenarnya.
Bila suami pergi tabung haji untuk keluarkan duit buat bayar PJH,baru lah perasan. Duit aku bertambah RM3000 tapi... tabung haji ambil balik RM 13000. Terkejut beruk aku!! Aku tanya kenapa? Susut sangat la duit aku sebab aku ingat tabung haji kenakan RM 7704 untuk jemaah pakej. Rupanya... memang prosedurnya begitu. Bila TH dah kenalpasti jemaah muasasah dan pakej, TH akan pulangkan RM 2296. Oh! cam tu ke!?!
Patutla PJH aku pesan supaya memastikan duit dalam tabung haji ada sekurang-kurangnya RM 10000.
Tahun depan khabarnya, subsidi ni nak ditarik balik. Tak tahu lah jadi ke tidak. Kalau jadi, maknanya jemaah haji 2011 kena tambah RM 3000 lagi,jadi lebih kurang belanja haji meuasasah RM 13000.

Tuesday, September 28, 2010
PERSIAPAN ROHANI
Aku ni,sebenarnya tak berapa pandai mengaji. Selalu aja bila mengaji,kena kutuk dengan suami. Macam-macam la dia kata: bunyi melayula...,perlahan la... cam macam la kena. Aku buat badak ja. Dalam hati tu bertekad juga nak perbetul kan bacaan. Nak pergi belajar dengan ustaz, kelemahan aku MALAS..!!! Tak ada ubat la kan?
Quran yang bertanda tajwid aku beli, kaset ustaz zambri pun aku beli. Ada la tengok sekali-sekala.
Tapi sebab bertekad nak pergi haji, aku pun memaksa membaca quran walaupun sedikit. Teringatlah kata ustaz: Allah menyukai amalan yang sedikit tapi istiqamah. Kepercayaan ni aku pegang sungguh-sungguh. Setelah memaksa diri, akhirnya alhamdulilah datang rasa cinta untuk membaca alquran. Ya Allah, jangan kau tarik nikmat ini ya allah, kekalkan aku cintakan kitabmu.
Aku mohon perlindunganmu dari sifat riak, ya Rabbi.
Orang putih kata 'Action speaks louder than words'. Aku tengok anak-anak juga mula membuka alquran setiap hari. Aku mohon kehadrat mu agar lahir dari zuriat ku yang ada ini huffaz,ya Hayyu ya Qayum.Amin...
Amalan membaca al-ma'thurat yang telah lama aku tinggalkan semenjak berkahwin cuba aku hidupkan kembali. Sebagai permulaan setiap asar. Berdikit-dikit selepas subuh setiap sabtu dan ahad. Aku harap dapat beristiqamah. Kita semakin tua, setiap saat dan detik langkah kita semakin dekat ke kubur. Bantulah aku ya allah dan berilah aku kekuatan untuk kekal taat kepada Mu.

SERAH PASPORT ANTARABANGSA
Masa buat pengesahan haji, kami kena serahkan pasport antarabangsa. Pasport ni, kalau bagi orang yang dah guna, kena ada 6 halaman kosong dan masih ada 6 bulan lagi sebelum tamat tempoh..
Bagi aku, ni lah first time keluar negara. Pasport pun buat masa cuti sekolah bulan Jun. Saja ja kami buat, walaupun belum ada apa-apa jawapan dapat pergi haji ke tidak. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan.
Kami kena bagi gambar untuk buat visa. Kalau pergi kedai gambar diorang tahulah saiz dan syarat-syaratnya.Gambar visa ni, mesti berlatarbelakangkan putih. Orang perempuan kena pakai tudung hitam, lelaki pula tak dibenarkan berkopiah/songkok. Bukan apa... nilah gambar yang diorang nak rujuk bila kita ke Mekah.Nanti kalau gambar kita tak sama kan ke susah. Macam orang yang pergi nak hantar bantuan ke Gaza. Dia kena tahan sebab dalam pasport/visa, rambut dia agak panjang, tapi masa di periksa rambutnya botak. Kan ke dia kena tahan, naya sungguh.
Gambar ni juga lah kami gunakan untuk tampal dalam buku kesihatan. Tapi dikecilkan saiznya la... Kalau ikut saiz visa tu, mak aiii... 'ganal' kata orang banjar!
Bagi orang yang masih perlukan pasport tu, mungkin boleh tanya tabung haji, macam mana nak buat. Kami ni memang tak ke mana-mana, so no hal la.

SUNTIKAN WAJIB
Suntikan Menningacocol ni di beri percuma kepada jemaah haji terpilih di klinik kerajaan. Kalau pergi klinik swasta Dalam RM 150,kalau tak silap.Tabung haji minta kami ke klinik kesihatan, pada hari Selasa untuk penetapan tarikh suntikan.Tarikh yang diberi pada 7 September 2010.
Petang 6 September 2010,pukul 3.50ptg, orang tabung haji call. Dia suruh pergi klinik untuk suntikan. Aku pun bergelut bersiap terus ke klinik. Sampai klinik terus masuk bilik suntikan.Aku pun tanya kenapa tukar tarikh? Rupa-rupanya ubat suntikan ni kalau dah buka, tak boleh simpan. Harganya mahal. Satu botol tu boleh suntik 4 orang. Ada jemaah yang datang bukan pada tarikh, so terpaksalah diorang cari jemaah berhampiran. Kira-kiranya aku dan suami penyelamat keadaan lah, cehwah....
Suntikan ni kalau antibody tak kuat boleh demam. Aku demam sehari. Suami pula alhamdulillah okay.
Ada 2 suntikan lagi. Suntikan ni 'optional' tapi amat digalakkan .Suntikan untuk elak influenza dan radang paru-paru. Suntikan ni boleh diambil diklinik swasta. Kalau ambil dua-dua suntikan, swasta 'charge' dalam RM150. Kalau ambil satu aja, lain harga. Mahal sikit lagi.Suntikan ni pun boleh buat kita demam.
Eii... suntikan lagi. Aku ngeri betul bila nak kena suntik ni. Takpa lah. Tak wajibkan...

PEMERIKSAAN KESIHATAN
Nak gi haji ni, pemeriksaan kesihatan mesti 'clear'. Selepas ke tabung haji untuk pengesahan pergi, kami di beri Buku kesihatan. Buku ni penting. Kena bawa hingga ke Mekah.Katanya syarat Arab Saudi agar jemaah sihat dan layak mengerjakan haji.
Dapat ja buku, aku dan suami terus ke klinik. Kebetulan nak raya, tak ramai la orang. Datang ja, tunggu sekejap, kemudian nurse panggil. Jumpa doktor. Doktor periksa tekanan darah. Mak oii... darah aku naik sampai 150/97. Aku memang berdebar, takut kantoi. aku cakap kat doktor, tekanan darah aku ni selalu camni sebab aku nervous agaknya. Doktor jawab." Tak da nya kak... kalau orang normal, tak akan cam tu punya tinggi".Aku masih lagi dengan 'denial syndrom' orang putih cakap, tak nak ngaku. Doktor pun kata,"okay takpa, kita monitor dulu, akak datang selang sehari kita ambil blood pressure". Aku setuju.
Keluar bilik doktor aku tengok suami di farmasi ambil ubat. Aku tanya, ubat apa? Suami cakap, ubat darah tinggi. Aku ketawa. Hah suami aku yang bacaannya tak berapa tinggi pun makan ubat, terpaksa le aku ngaku ja kat doktor.
Apalagi meluru aku ke bilik doktor balik. Masa tu tak peduli dah kalau nurse marah. Alhamdullilah, nurse bagi jumpa doktor. Kali ni doktor lain pula. Aku pun cakap la dengan doktor, makan ubat pun makanlah. Janji doktor luluskan.Doktor ambil darah untuk pastikan buah pinggang aku okay. Sebabnya ada kawan aku yang makan ubat darah tinggi ni rosak buah pinggang dia.
Doktor pun explain. Memang ada kes cam tu. Ubat darah tinggi ni samada boleh pulihkan buah pinggang atau terus rosak.Wallahua'lam.Lagi satu doktor beritahu, ubat ni mungkin akan menyebabkan aku batuk/gatal tekak/ruam. Dalam seminggu, kalau tak tahan batuk/ruam dsbnya, boleh datang untuk tukar ubat. Mungkin tak rasi. Setelah seminggu aku tengok okay ja, alhamdulillah. Cuma gatal tekak sikit aja. Masih terkawal.
Bila pemeriksaan doktor clear, pergi balik ke tabung haji.Keputusan doktor direkod dalam komputer. Aku diberi tarikh untuk suntikan Meningacocol(tak pasti ejaan, tapi bunyinya lebihkurang cam tu lah...).Suntikan ni diwajibkan oleh kerajaan untuk semua jemaah haji terpilih.Katanya untuk mengelakkan jangkitan kuman di otak. Kuman ni disebarkan oleh burung. Burung kan banyak kat Mekah. Doktor kata burung ni pembawa virus, so dia hairan kenapa ada orang kita mengutip sisa makanan yang diberi kat burung-burung ni. Orang Malaysia kata konon boleh buat ubat?!?... macam macam.
Monday, September 27, 2010
BUKU MOTIVASI HAJI
Bila bertekad nak pergi haji, aku pun mula la membuat pencarian untuk mencari buku motivasi haji. Mudah-mudahan bertambah semarak hati dan terus melonjakkan semangat.
Terimaksih tak terhingga kepada rakanku Norkhasnah Sahri (hubby dia ada toko buku...) yang mencadangkan buku tulisan Prof. Kamil 'Travelog haji: Mengubah Sempadan Iman'.
Bila baca buku prof ni, kita kena hayati,kena bayangkan seolah-olah kita yang diceritakan. Buku ni betul-betul menyentuh hati nurani. Menitik airmata kerana perasaan yang bercampur baur. Ya Allah, mampukah aku meyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada mu ketika di sana dan dapatkah aku terus beristiqamah dengan amalan-amalan soleh sekembalinya dari sana nanti...
Cabaran untuk mengekalkan iman selepas haji lebih hebat rasanya jika dibandingkan persiapan untuk ke Mekah. Ya Allah aku mohon pertolonganMu agar aku,suami dan keluarga akan dapat terus beristiqamah dengan amalan soleh dan akhlak terpuji hingga ke akhir hayat. Amin...

PERBETULKAN I'KTIKAD
Allah maha Agong lagi Maha Mengasihi.
Aku dapat rasakan yang Allah nak perbetulkan i'tikad aku yang salah. Walaupun lisannya aku tak mengaku yang bila guna pakej ni,aku rasa confirm dapat pergi tapi mungkin jauh disudut hati,aku yakin dapat pergi dengan PJH pertama. Aku tersilap yang sangat besar.Aku terlalai dengan meletakkan pengharapan kepada yang selainNya.Allah beri peringatan bila aku diuji tidak menerima jawapan pasti dari PJH pertama.
Pengajaran yang sangat berharga. Kita harus setiap masa meletakkan seluruh pengharapan kepada Allah. Allahlah yang sebenarnya menentukan.Aku rasa seolah-olah Allah memberitahu aku 'Kau dapat jemputan sebagai tetamu Allah kerana Allah yang mengkhendakinya'. Bukan kerana pilihan pakej, muasassah dan sebagainya. Ya Allah! berdosanya aku... Aku mohon keampunanmu, ya Allah.
Terasa betapa kerdilnya kita. Di saat aku tidak berapa pasti mendapat jemputanNya, aku bermunajat dengan sepenuh hati mangambil sempena bulan Ramadhan yang mulia. Penyerahan secara total kerana Dia lah yang Maha mentakqdir. Kepada mu, Ya Allah kuserahkan segala urusan. Aku benar-benar rasa tidak berdaya.
Pada Jumaat,3 September 2010, aku mendapat berita gembira. Tabung Haji menalipon suami minta datang ke pejabat TH untuk pengesahan pergi haji 2010.Aku memang tak menduga/yakin dapat pergi dengan PJH ketiga.
Syukur ke hadrat mu Ilahi, ya Rahman,ya Rahim,ya Kudus,ya Salam.
Syawal tahun ni disambut,kata orang putih 'double joy'. Tapi pecah rekod juga lah,sebab tak buat baju raya. Persiapan dan tumpuan lebih kepda persiapan haji. Persiapan rohani dan Jasmani.
Laungan talbiah bagai terngiang-ngiang di telinga. "labaikallah huma labaik, labaikalla syarikalaka labaik, Inalhamda wani'mata lakawal mulk, la syarikalak...

TUKAR PAKEJ JEMAAH HAJI (PJH)
Aku tertunggu-tunggu surat dari TH travel. Aku tengok dalam blog dah keluar sebutharga pakej. Malangnya pakej pilihan aku (yang paling murah)belum ada maklumat.
Aku talipon syarikat, jawapannya tunggu...
Tunggu punya tunggu nak masuk Ramadan. Aku dapat tahu, masuk aja Ramadhan permohonan untuk pergi pakej ditutup. Aku call lagi syarikat. Kadang-kadang dilayan tidak berapa mesra. Aku tak peduli, yang aku tau aku nak kepastian, dapat ke tidak. Setelah beberapa kali panggilan lagi aku buat jawapannya agak menghampakan. Hotel penginapan untuk pakej yang dipilih dalam proses rundingan. Maknanya kalau tak da hotel... tak dapatlah aku pergi walaupun dengan anak syarikat tabung haji?!?
Panggilan terakhir kepada syarikat memuktamadkan aku untuk berusaha dengan syarikat lain. Yalah pakej pilihan aku yang paling murah, tentulah pertanyaan aku dilayan indah tak indah. Kalau pilihan pakej yang lain masih ada, paling murah RM25000 seorang...Oh! No, I don't have that much of money.
Aku dan suami ambil cuti. Kami bertekad untuk pergi dengan PJH (pakej Jemaah Haji) B. Masa tinggal beberapa hari lagi sebelum permohonan haji melalui pakej ditutup. Sampai aja PJH B, kami pun tanya. Jawapannya pun buat kami terkedu. Hotel yang ditawarkan didalam brosur dah penuh. Hotel yang kosong masih dalam rundingan. Ranking kami dalam PJH dibawah sekali sebab baru daftar dengan diorang.
Aku pandang suami, kami balik hampa... Hati aku berkecamuk. Camna nak pergi tahun ni? Dapat ke?
Tak semena-mena kawan lama aku,Mas, talipon. Dia tanya aku dah dapat tawaran dari TH travel? Dia sarankan aku cuba PJH yang dia pilih, ALIFF Travel. Aku pun terus dapatkan maklumat di internet dan talipon Aliff travel. Jawapannya kuota syarikatnya masih ada.
Aku yakinkan suami untuk cuba PJH ni. Alhamdullilah dia setuju. Walaupun kami agak ragu-ragu.

MAKLUMAT MEKAH DAN HAJI
Setiap hari selepas sekolah, balik ke rumah aku akan melayari blog-blog yang mengisahkan tentang haji. Blog PENGALAMAN DI KOTA MEKAH aku layari setiap hari. Blog ni memang diupdate selalu. Penulisnya bekerja di Mekah dan rajin meng'upload' gambar,berita terkini di Mekah,cuaca dan maklumat lain lagi. Blog 'Perjalanan hajiku',"Cerita Haji' antara blog yang aku layari.Bila dah mengadap internet ni, tau-tau aja la, memang melekakan. Ketagih pun ada he,he,he... Nasib baik my hubby tak ada waktu petang. Kalau dia ada alamat...,ada fening lah,fening lah, bak kata P.Ramli.
LRT dari Mekah-Arafah-Mudzalifah- Mina diberitakan boleh digunakan sebahagian tahun ini,2010 dan akan siap sepenuhnya tahun depan 2011, Insyallah.Dengar khabar tambangnya SR250, tapi ada bantahan. Diorang kata mahal sangat untuk jaraknya yang tak lah jauh mana.Ya lah... Kan LRT ni nanti hanya guna setahun sekali,iaitu musim haji aja, ada la logiknya Arab Saudi letak mahal. Tapi... kalau dapat dia bagi murah lagi bagus.....
Bangunan hotel sekitar Mekah banyak diruntuhkan untuk memberi laluan pembangunan hotel-hotel baru. So kalau dapat penginapan dalam 350 meter ke Masjidil Haram, tu dah kira untunglah. Kalau yang 50 meter tu.. memang ada lagi, cumanya kita orang biasa ni diluar kemampuan la... Kalau sedarmara raja ke,datuk ke, mungkin la mampu, he,he,he...
Kalau yang pasang niat nak ke Mekah tu, rajin-rajin lah melayari internet. Macam-macam maklumat ada. Dari cara menunaikan haji, hotel di Mekah, suasana ketika haji, pengalaman sahabat kita menunaikan haji, pendekata macam-macam ada... bak kata orang, mak bapak ja yang tak da.
Kalau malas baca boleh buka/tengok youtube... Ni pun best juga. Dapat tengok moving pictures tentang haji.

PILIHAN PAKEJ
Kata kawan-kawan kalau niat kita nak gi haji,Allah pasti bantu. Bila aku congak-congak sebenarnya wang belanja yang minima RM20000 untuk seorang dapat kami sediakan.
Aku sebenarnya takut nak cakap dengan suami untuk pergi pakej, takut dia tak setuju. Tapi bila aku fikir-fikir dapat idea, camna nak cakap.
Aku terangkan kat suami, kalau kita tunggu aja giliran kita tahun 2020 entah-entah kita terpaksa bayar harga yang sama seperti harga pakej sekarang. Kebenaranya ada. Cuba kita ingat-ingatkan masa mak kita pergi haji tahun 1980an belanjanya cuma lebih kurang RM5900. Tapi zaman kita 2000an ni naik sekali ganda lebih kurang RM10000.Lagi satu alasannya ialah umur kita tak tahu sampai bila, sempat ke kita. Jika ditakdirkan sampai ajal sekurang-kurangnya kita dah berusaha bersungguh ke arah itu.
Akhirnya kami buat keputusan pergi dengan TH travel. Akhir Febuari aku daftar dengan pakej tu. Tanggapan kami peratusan dapat pergi hampir 100% sebab mestilah tabung haji utamakan anak syarikat dia.Agaknya la...
Kalau ada yang minat nak tengok brosur Pengelola Jemaah Haji 2010 yang diberi lesen oleh TH. Layari aja TH laman web. Tengok kat soal jawab haji. Selalunya jemaah yang terpilih tahun itu akan diberi satu brosur PJH ni.

PAKEJ ATAU MUASSASAH?
Ni satu lagi dilema. Nak pergi cara muassasah atau pakej? Kalau pergi dengan muassasah banyak kontranye... cam, potong que orang, aku baru daftar akhir 2008 kalau buat rayuan dapat ke, kalau pergi pakej berapa bayarannya, mampu ke aku nak sediakan belanjanya. Macam-macam persoalan timbul. Tapi yang pasti hati aku begitu teringin untuk pergi tahun ini juga 2010. Tapi camna...?!?
Setelah membuat pencarian melalui internet, aku dapatkan brosur pakej haji dan bayarannya.Tabung haji ada mengeluarkan senarai pakej jemaah haji(PJH)yang diluluskan pada setiap tahun. Setiap PJH kena jaga prestasi. Jika ada komplen dan perkhidmatan tak baik, lesen PJH akan ditarik balik. So,for sure diorang cuba jaga prestasi.
Rasa hati tu... kalau pergi pakej kemungkinan dapat tu tinggi dan tak potong que atau ambil hak orang sebab, setiap pakej jemaah haji ada kuota haji untuk pakej diorang.
Masalahnya sekarang camna nak bagi tau suami supaya dia setuju....?

Subscribe to:
Posts (Atom)