Tuesday, September 28, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN


Nak gi haji ni, pemeriksaan kesihatan mesti 'clear'. Selepas ke tabung haji untuk pengesahan pergi, kami di beri Buku kesihatan. Buku ni penting. Kena bawa hingga ke Mekah.Katanya syarat Arab Saudi agar jemaah sihat dan layak mengerjakan haji.

Dapat ja buku, aku dan suami terus ke klinik. Kebetulan nak raya, tak ramai la orang. Datang ja, tunggu sekejap, kemudian nurse panggil. Jumpa doktor. Doktor periksa tekanan darah. Mak oii... darah aku naik sampai 150/97. Aku memang berdebar, takut kantoi. aku cakap kat doktor, tekanan darah aku ni selalu camni sebab aku nervous agaknya. Doktor jawab." Tak da nya kak... kalau orang normal, tak akan cam tu punya tinggi".Aku masih lagi dengan 'denial syndrom' orang putih cakap, tak nak ngaku. Doktor pun kata,"okay takpa, kita monitor dulu, akak datang selang sehari kita ambil blood pressure". Aku setuju.

Keluar bilik doktor aku tengok suami di farmasi ambil ubat. Aku tanya, ubat apa? Suami cakap, ubat darah tinggi. Aku ketawa. Hah suami aku yang bacaannya tak berapa tinggi pun makan ubat, terpaksa le aku ngaku ja kat doktor.

Apalagi meluru aku ke bilik doktor balik. Masa tu tak peduli dah kalau nurse marah. Alhamdullilah, nurse bagi jumpa doktor. Kali ni doktor lain pula. Aku pun cakap la dengan doktor, makan ubat pun makanlah. Janji doktor luluskan.Doktor ambil darah untuk pastikan buah pinggang aku okay. Sebabnya ada kawan aku yang makan ubat darah tinggi ni rosak buah pinggang dia.

Doktor pun explain. Memang ada kes cam tu. Ubat darah tinggi ni samada boleh pulihkan buah pinggang atau terus rosak.Wallahua'lam.Lagi satu doktor beritahu, ubat ni mungkin akan menyebabkan aku batuk/gatal tekak/ruam. Dalam seminggu, kalau tak tahan batuk/ruam dsbnya, boleh datang untuk tukar ubat. Mungkin tak rasi. Setelah seminggu aku tengok okay ja, alhamdulillah. Cuma gatal tekak sikit aja. Masih terkawal.

Bila pemeriksaan doktor clear, pergi balik ke tabung haji.Keputusan doktor direkod dalam komputer. Aku diberi tarikh untuk suntikan Meningacocol(tak pasti ejaan, tapi bunyinya lebihkurang cam tu lah...).Suntikan ni diwajibkan oleh kerajaan untuk semua jemaah haji terpilih.Katanya untuk mengelakkan jangkitan kuman di otak. Kuman ni disebarkan oleh burung. Burung kan banyak kat Mekah. Doktor kata burung ni pembawa virus, so dia hairan kenapa ada orang kita mengutip sisa makanan yang diberi kat burung-burung ni. Orang Malaysia kata konon boleh buat ubat?!?... macam macam.

No comments:

Post a Comment