Monday, September 27, 2010

MAKLUMAT MEKAH DAN HAJI

Setiap hari selepas sekolah, balik ke rumah aku akan melayari blog-blog yang mengisahkan tentang haji. Blog PENGALAMAN DI KOTA MEKAH aku layari setiap hari. Blog ni memang diupdate selalu. Penulisnya bekerja di Mekah dan rajin meng'upload' gambar,berita terkini di Mekah,cuaca dan maklumat lain lagi. Blog 'Perjalanan hajiku',"Cerita Haji' antara blog yang aku layari.Bila dah mengadap internet ni, tau-tau aja la, memang melekakan. Ketagih pun ada he,he,he... Nasib baik my hubby tak ada waktu petang. Kalau dia ada alamat...,ada fening lah,fening lah, bak kata P.Ramli.

LRT dari Mekah-Arafah-Mudzalifah- Mina diberitakan boleh digunakan sebahagian tahun ini,2010 dan akan siap sepenuhnya tahun depan 2011, Insyallah.Dengar khabar tambangnya SR250, tapi ada bantahan. Diorang kata mahal sangat untuk jaraknya yang tak lah jauh mana.Ya lah... Kan LRT ni nanti hanya guna setahun sekali,iaitu musim haji aja, ada la logiknya Arab Saudi letak mahal. Tapi... kalau dapat dia bagi murah lagi bagus.....

Bangunan hotel sekitar Mekah banyak diruntuhkan untuk memberi laluan pembangunan hotel-hotel baru. So kalau dapat penginapan dalam 350 meter ke Masjidil Haram, tu dah kira untunglah. Kalau yang 50 meter tu.. memang ada lagi, cumanya kita orang biasa ni diluar kemampuan la... Kalau sedarmara raja ke,datuk ke, mungkin la mampu, he,he,he...

Kalau yang pasang niat nak ke Mekah tu, rajin-rajin lah melayari internet. Macam-macam maklumat ada. Dari cara menunaikan haji, hotel di Mekah, suasana ketika haji, pengalaman sahabat kita menunaikan haji, pendekata macam-macam ada... bak kata orang, mak bapak ja yang tak da.

Kalau malas baca boleh buka/tengok youtube... Ni pun best juga. Dapat tengok moving pictures tentang haji.

No comments:

Post a Comment