Tuesday, September 28, 2010

PERSIAPAN ROHANI

Aku ni,sebenarnya tak berapa pandai mengaji. Selalu aja bila mengaji,kena kutuk dengan suami. Macam-macam la dia kata: bunyi melayula...,perlahan la... cam macam la kena. Aku buat badak ja. Dalam hati tu bertekad juga nak perbetul kan bacaan. Nak pergi belajar dengan ustaz, kelemahan aku MALAS..!!! Tak ada ubat la kan?

Quran yang bertanda tajwid aku beli, kaset ustaz zambri pun aku beli. Ada la tengok sekali-sekala.

Tapi sebab bertekad nak pergi haji, aku pun memaksa membaca quran walaupun sedikit. Teringatlah kata ustaz: Allah menyukai amalan yang sedikit tapi istiqamah. Kepercayaan ni aku pegang sungguh-sungguh. Setelah memaksa diri, akhirnya alhamdulilah datang rasa cinta untuk membaca alquran. Ya Allah, jangan kau tarik nikmat ini ya allah, kekalkan aku cintakan kitabmu.
Aku mohon perlindunganmu dari sifat riak, ya Rabbi.

Orang putih kata 'Action speaks louder than words'. Aku tengok anak-anak juga mula membuka alquran setiap hari. Aku mohon kehadrat mu agar lahir dari zuriat ku yang ada ini huffaz,ya Hayyu ya Qayum.Amin...

Amalan membaca al-ma'thurat yang telah lama aku tinggalkan semenjak berkahwin cuba aku hidupkan kembali. Sebagai permulaan setiap asar. Berdikit-dikit selepas subuh setiap sabtu dan ahad. Aku harap dapat beristiqamah. Kita semakin tua, setiap saat dan detik langkah kita semakin dekat ke kubur. Bantulah aku ya allah dan berilah aku kekuatan untuk kekal taat kepada Mu.

No comments:

Post a Comment