Wednesday, September 29, 2010

KURSUS HAJI INTENSIF

Pada 18 dan 19 September 2010, kursus haji Intensif diadakan di Pusat Rekreasi Sabak Bernam. Di beritakan jemaah dari Sabak Bernam ni beruntung. Sebabnya jemaah haji yang tercicir macam kami, dapat pergi kursus intensif. Kursus intensif untuk jemaah terpilih dibuat bulan julai dan sepatutnya tiada lagi selepas itu. Jemaah haji mana ke yang menjadi tetamuNya yang Istimewa. maka kami dapat menumpang berkahnya. Subhanallah!!

Yang buat aku rasa kami istimewa sebab penceramhnya ialah pakar rujuk TH bagi kerja haji. Yang datang tu... Pengurus Besar TH (Bahagian Bimbingan),lupa lah pulak namanya, tapi yang bagi ceramah dalam slot haji TV1 6.30 - 7.00 ptg. Penerangan dia memang tiptop. Jelas dan terang. Bila difikir-fikirkan sepatutnya kursus haji dimulakan dengan penrangan yang begini. Baru cristal clear, cakap orang putih.

Yang hadir kursus ni ada lebih kurang 70 orang. Masa ni ditawarkan pakej 2 suntikan tambahan. Mulanya aku tak nak kena suntik lagi tapi suami tanya nak suntik tak? Alamak! camna ni... Akhirnya buat keputusan suntik hari kedua kursus. Kiri kanan you! Sengal dibuatnya. Actually tak da la sakit mana sangat cuma ngeri aja....


Dilihat pada usia jemaah yang datang kebanyakannya 40 tahun keatas. Yang betul-betul muda (20an) adalah 3 orang rasanya.Ada seorang makcik tu, kesian tul aku tengok. Nak jalan pun tak berapa larat. Mudah-mudahan Allah mudahkan dia. Orang kata bila di Mekah tak tentu lagi kita yang sihat ni okay di sana. Ada kes yang jadi terbalik. Ya Allah, bantulah aku, permudah kan urusanku. Rabbi yassir wala tuassir.

No comments:

Post a Comment