Allah maha Agong lagi Maha Mengasihi.
Aku dapat rasakan yang Allah nak perbetulkan i'tikad aku yang salah. Walaupun lisannya aku tak mengaku yang bila guna pakej ni,aku rasa confirm dapat pergi tapi mungkin jauh disudut hati,aku yakin dapat pergi dengan PJH pertama. Aku tersilap yang sangat besar.Aku terlalai dengan meletakkan pengharapan kepada yang selainNya.Allah beri peringatan bila aku diuji tidak menerima jawapan pasti dari PJH pertama.
Pengajaran yang sangat berharga. Kita harus setiap masa meletakkan seluruh pengharapan kepada Allah. Allahlah yang sebenarnya menentukan.Aku rasa seolah-olah Allah memberitahu aku 'Kau dapat jemputan sebagai tetamu Allah kerana Allah yang mengkhendakinya'. Bukan kerana pilihan pakej, muasassah dan sebagainya. Ya Allah! berdosanya aku... Aku mohon keampunanmu, ya Allah.
Terasa betapa kerdilnya kita. Di saat aku tidak berapa pasti mendapat jemputanNya, aku bermunajat dengan sepenuh hati mangambil sempena bulan Ramadhan yang mulia. Penyerahan secara total kerana Dia lah yang Maha mentakqdir. Kepada mu, Ya Allah kuserahkan segala urusan. Aku benar-benar rasa tidak berdaya.
Pada Jumaat,3 September 2010, aku mendapat berita gembira. Tabung Haji menalipon suami minta datang ke pejabat TH untuk pengesahan pergi haji 2010.Aku memang tak menduga/yakin dapat pergi dengan PJH ketiga.
Syukur ke hadrat mu Ilahi, ya Rahman,ya Rahim,ya Kudus,ya Salam.
Syawal tahun ni disambut,kata orang putih 'double joy'. Tapi pecah rekod juga lah,sebab tak buat baju raya. Persiapan dan tumpuan lebih kepda persiapan haji. Persiapan rohani dan Jasmani.
Laungan talbiah bagai terngiang-ngiang di telinga. "labaikallah huma labaik, labaikalla syarikalaka labaik, Inalhamda wani'mata lakawal mulk, la syarikalak...
No comments:
Post a Comment