Monday, September 27, 2010

PAKEJ ATAU MUASSASAH?

Ni satu lagi dilema. Nak pergi cara muassasah atau pakej? Kalau pergi dengan muassasah banyak kontranye... cam, potong que orang, aku baru daftar akhir 2008 kalau buat rayuan dapat ke, kalau pergi pakej berapa bayarannya, mampu ke aku nak sediakan belanjanya. Macam-macam persoalan timbul. Tapi yang pasti hati aku begitu teringin untuk pergi tahun ini juga 2010. Tapi camna...?!?

Setelah membuat pencarian melalui internet, aku dapatkan brosur pakej haji dan bayarannya.Tabung haji ada mengeluarkan senarai pakej jemaah haji(PJH)yang diluluskan pada setiap tahun. Setiap PJH kena jaga prestasi. Jika ada komplen dan perkhidmatan tak baik, lesen PJH akan ditarik balik. So,for sure diorang cuba jaga prestasi.

Rasa hati tu... kalau pergi pakej kemungkinan dapat tu tinggi dan tak potong que atau ambil hak orang sebab, setiap pakej jemaah haji ada kuota haji untuk pakej diorang.

Masalahnya sekarang camna nak bagi tau suami supaya dia setuju....?

No comments:

Post a Comment