Wednesday, September 29, 2010

KURSUS HAJI PERDANA

Kursus Haji Perdana bagi negeri Selangor, diadakan pada 25 - 26 September 2010, bertempat di Masjid Negeri Sultan Sallahudin, Shah Alam. Jemaah dari Sabak Bernam disediakan kemudahan bas. Berkumpul di Tonggak 10 jam 9.00 pagi. Ada sedikit majlis ringkas untuk meraikan tetamu Allah. Aku dan suami gi naik kereta sendiri. Malas nak bertolak awal. Pendaftaran Kursus mula kul 2.00 - 2.45 ptg.

Sampai ja, masjid, tempat letak kereta nampak macam dah penuh. Tapi alhamdulilah masih ada ruang buat kami. Kami masuk ikut pintu masjid nombor 9. Bergegas ke masjid. Kami letak kasut dan tengok rak 3, supaya senang ingat nanti. Tercangak-cangak juga la. Suami cakap, dah rasa macam suasana di sana. Tempat baru dan tak tahu nak menuju. Pusing-pusing ternampak petugas TH.Tanya diorang kat mana daftar?

Sampai tempat pendaftaran, alhamdulilah smooth juga pentadbiran TH. Serah kertas daftar dapat beg sumbangan pusat zakat. Ada plastik dan buku panduan perjalanan haji. Kami diberi maktab 2.

Masuk dewan sembahyang, cari maktab 2. Jumpa juga sorang dua kenalan. Kami pun letak beg. Kira-kira tu port kamilah. Kursus dimulakan dengan jemaah bertalbiah. Sangkaan aku pasti bergema. Tapi hampa sikit. Macam tak berapa semangat diorang.Entahlah...

Jumlah yang hadir diluar jangkaan iaitu 4500 orang. Jemaah wilayah pun datang sini. Diorang cakap kat sini best. Tak tau la aku. Kami diminta berihram selepas sedikit taklimat. Kami akan bertawaf dan saei di bawa oleh mutawif maktab masing-masing.

Maktab kami mendahului tawaf. Mutawif ajar kena berdiri di belang garisan setentang hajarul aswad dan pusing 7 kali. Alhamdulilah hari redup sebab lepas hujan. Lepas tu rehat dan makan malam. Aku nak mandi dulu, hubby pula nak makan. Aku minta dia ambilkan. Dia kata ambil sendiri ikut peraturan. Aku tengok orang lain, ambilkan untuk bini diorang. Tak pa lah.

Selesai mandi, aku gi meja untuk ambil makanan, hampa... makanan habis. Rasa merajuk dengan suami. Tapi cuba juga pujuk diri sendiri. Entah camna suami tau aku merajuk, sebab dia tanya dah makan? Aduh... Rasa bersalah agaknya, suami aku keluar untuk ambilkan. Kesian dia. Berdosanya aku. Ya Allah dapat lah aku meletakkan pengharapan hanya kepadaMU setiap masa.

Selesai sembahyang magrib, suami aku sound. Jangan buat macam ni di Mekah nanti. Sebenarnya aku pun memang rasa nak minta maaf atas ketelanjuran ku tadi. Tiada redha Allah tanpa redha suami. Astagfirullah rabbal baroya, astagfirullah minal hotoya...

No comments:

Post a Comment