Setiap kali ceramah, ustaz akan timbulkan isu orang merokok.Bab ni memang sensitif. Almaklumlah cik abang tersayang seorang perokok tegar!!!! Hati memang nak sangat dia berhenti.Diawal-awal proses permohonan haji, tak berani nak bersuara. Tapi semakin hampir bulan haji semakin ingin sekali,jika hubby quit smoking. Even kakak diapun ada sound.
Akhirnya, diberi kekuatan dan menyentuh perkara ini secara melawak.Aku utarakan nak dapat haji mabrur, bukan senang. Ustaz cakap kena usaha dari sekarang sebelum sampai Mekah.Ni masuk Ramadhan, insyallah the right time untuk abang berhenti.Aku ulang kata-kata ustaz:kalau balik haji masih merokok, itu maknanya Haji Malborolah tu...Alhamdulilah,dia ketawa aja.
Masuk bulan Ramadhan memang dia tak merokok. Kesian aku tengok. Orang ketagih... Pening kepala la, tak sedap perasaan lah, cam macam. Sabar ya, bang.
Terbaca satu artikel di akhbar tentang perokok. Perokok boleh bebas dari merokok jika dapat melepasi 21 hari atau 3 minggu tanpa rokok.Aku cerita pada suami untuk bagi dia semangat.
Sujud syukurku padamu ya Allah, kerana memberi kekuatan pada suami, sehingga hari ini dia berjaya memberhentikan tabiat merokok. Semoga dia diberi kekuatan untuk terus berhenti hingga akhir hayat.
Bila dikenang-kenangkan terasa benar keAgongan tuhan dan Rahimnya Dia. "Minta lah kepada Ku nescaya Aku perkenankan". Satu lagi munajatku kehadrat Allah selama ni dimakbulkanNya... Subhanallah.
"Nikmat Allah yang mana ingin kau dustakan."
No comments:
Post a Comment