Monday, September 27, 2010

PILIHAN PAKEJ

Kata kawan-kawan kalau niat kita nak gi haji,Allah pasti bantu. Bila aku congak-congak sebenarnya wang belanja yang minima RM20000 untuk seorang dapat kami sediakan.

Aku sebenarnya takut nak cakap dengan suami untuk pergi pakej, takut dia tak setuju. Tapi bila aku fikir-fikir dapat idea, camna nak cakap.

Aku terangkan kat suami, kalau kita tunggu aja giliran kita tahun 2020 entah-entah kita terpaksa bayar harga yang sama seperti harga pakej sekarang. Kebenaranya ada. Cuba kita ingat-ingatkan masa mak kita pergi haji tahun 1980an belanjanya cuma lebih kurang RM5900. Tapi zaman kita 2000an ni naik sekali ganda lebih kurang RM10000.Lagi satu alasannya ialah umur kita tak tahu sampai bila, sempat ke kita. Jika ditakdirkan sampai ajal sekurang-kurangnya kita dah berusaha bersungguh ke arah itu.

Akhirnya kami buat keputusan pergi dengan TH travel. Akhir Febuari aku daftar dengan pakej tu. Tanggapan kami peratusan dapat pergi hampir 100% sebab mestilah tabung haji utamakan anak syarikat dia.Agaknya la...

Kalau ada yang minat nak tengok brosur Pengelola Jemaah Haji 2010 yang diberi lesen oleh TH. Layari aja TH laman web. Tengok kat soal jawab haji. Selalunya jemaah yang terpilih tahun itu akan diberi satu brosur PJH ni.

No comments:

Post a Comment